Putrajaya, 12 Oktober – Ketua Polis Daerah Petaling, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dilaporkan sedang menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini.
Menurut Polis Daerah Petaling Jaya, beliau dikatakan menjadi kontak rapat dengan seorang pegawai perubatan Daerah Petaling susulan pertemuan dalam beberapa mesyuarat mengenai operasi COVID-19 sebelum ini.
Pegawai tersebut dikatakan telah menghadiri mesyuarat bersama pengurus keselamatan Tropicana yang disahkan positif hari ini.
Tugas beliau kini dipangku timbalannya, Supt. Ku Mashariman bin Ku Mahmood sehingga keputusan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).