Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mempertahankan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah susulan isu ”takut mati” yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bintulu kepada beliau, semalam.
Menerusi hantaran di twitter, beliau berkata, Dr Noor Hisham sudah melakukan yang terbaik dalam menangani wabak Covid-19 di negara ini, sesuai dengan posisinya sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.
”KP Kesihatan sudah buat yang terbaik, sesuai dengan posisi beliau. Jawapan beliau terhadap kenyataan tersebut dalam sesi sidang media petang tadi pun sudah padat dan memadai. Saya cuma ingin menambah beberapa noktah penting, sebagai kefahaman semua yang membaca dan ikut isu ini.” katanya.
Tambah beliau, Dr Noor Hisham juga disifatkan sebagai individu terpenting dalam memerangi wabak ini.
Susulan itu, beliau perlu kekal sihat, bersemangat dan terus berjuang bersama-sama semua barisan hadapan demi kesejahteraan negara.
”KP Kesihatan adalah antara individu terpenting dalam usaha memerangi pandemik COVID-19. Saya yakin, kita semua bersetuju bahawa beliau perlu kekal sihat, bersemangat dan terus berjuang bersama-sama semua barisan hadapan demi maslahah Negara,” katanya.
KP Kesihatan antara individu terpenting dalam usaha memerangi Covid-19

Teringat sebuah kisah berkaitan Sahabat Nabi SAW


Itulah semangat KP Kesihatan dan seluruh barisan hadapan


Sumber: Twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri