Kotak Hitam kedua dari pesawat China Eastern Boeing 737-800 ditemukan pada Ahad dengan harapan mungkin dapat menjelaskan punca pesawat tersebut terhempas.
Menurut NPR, anggota bomba yang mengambil bahagian dalan pencarian menemukan kota hitam tersebut di kawasan lereng bukit kira-kira 40 meter dari titik pesawat tersebut terhempas.
“Pakar mengesahkan bahawa itu merupakan kotak hitam kedua dari kesan nahas tersebut yang meninggalkan kesan lubang sedalam 20 meter di kaki gunung.
“Mereka meneruskan pencarian perakam data selepas menemui perakam suara kokpit empat hari lalu (sebelum ini).
“Kedua-dua kotak hitam tersebut sepatutnya dapat membantu untuk menentukan punca pesawat itu jatuh menjunam dari ketinggian 29,000 kaki kira-kira satu jam sebelum ia mendarat,” lapor NPR.
Difahamkan, keadaan yang terpencil diikuti dengan hujan lebat menyukarkan lagi misi pencarian kotak hitam tersebut serta serpihan-serpihan lain.
Selain itu, imej yang disiarkan oleh CGTN, rangkaian antarabangsa CCTV menunjukkan sorang pegawai sedang memegang objek silinder oren di kawasan tapak tersebut dengan tulisan ‘RAKAMAN PESAWAT’ dan ‘JANGAN BUKA’.
“Pencarian dihentikan seketika selama tiga minit bagi menghormati 123 penumpang dan sembilan anak kapal.
“Pekerja bahagian kecemasan turut menanggalkan topi keselamatan dan topi polis serta tentera, mereka berdiri dalam kumpulan formasi serta menundukkan kepala sambil siren dibunyikan,” lapor NPR.
Terdahulu, pesawat China Eastern Airlines MU5735 yang membawa lebih 133 orang penumpang dilaporkan telah terhempas di pergunungan di China pada 21 Mac lalu.
Menurut laporan, pesawat China Eastern Airlines model Boeing 737 yang terbang dari Kunming ke Guangzhou itu mengalami kemalangan di Guangxi.
Pesawat itu berlepas dari Kunming pada pukul 1.11 petang (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba di Guangzhou pada pukul 3.05 petang.
Sementara itu, Jabatan Pengurusan Kecemasan Guangxi berkata kemalangan yang dialami oleh pesawat itu juga telah menyebabkan kebakaran di kawasan pergunungan berkenaan.
Asap menyelimuti pergunungan kawasan pesawat China Eastern Airlines terhempas
Dalam sebuah video yang dikongsi di media sosial, asap putih dilihat menyelimuti kawasan pergunungan itu dan menunjukkan kawasan tersebut terbakar.
Selain itu, tular juga mengenai satu imej yang mendakwa bahawa kepingan besar pesawat itu ditemui di kawasan tersebut oleh penduduk tempatan.
Data penerbangan yang didakwa dari penerbangan itu menunjukkan pesawat itu jatuh beribu-ribu kaki ke tanah dalam beberapa minit.
Tapak pengesanan penerbangan juga melaporkan bahawa pesawat itu berada di udara selama lebih sejam dan hampir tiba ke destinasinya, lapor BBC.
Menurut data FlightRadar24, maklumat sumber terakhir pada penerbangan itu menunjukkan ia berakhir pada pukul 2.22 petang waktu tempatan, pada ketinggian 3,225 kaki.
Memetik laporan Global Times, ini adalah nahas udara pertama di China sejak insiden di Yichun, Wilayah Heilongjiang di Timur Laut China pada 2010.
Media sosial kini dipenuhi dengan doa dari warganet yang berharap agar misi menyelamat penumpang-penumpang di dalam pesawat tersebut berjaya.
BACA JUGA: Kronologi Pesawat China Eastern Airlines Terhempas, Terjunam Setinggi 29 Ribu Kaki
Sumber: NPR