Seorang warganegara Amerika Syarikat yang didiagnosis wabak Koronavirus telah meninggal dunia di China. Kes kematian pertama orang Amerika Syarikat dari virus yang telah membunuh ratusan orang di Wuhan China.
Menurut Kedutaan Amerika Syarikat di China, mereka telah mengesahkan seorang warga Amerika berusia 60 tahun meninggal dunia selepas didiagnosis dengan wabak Koronavirus di Hospital Jinyitian di Wuhan pada 6 Februari lalu.
“Kami mengucapkan salam takziah kepada kelurga mangsa atas kehilangan,” kata jurucakap kedutaan itu.
The New York Times pertama kali melaporkan kematian warga Amerika di Wuhan. Jumlah kematian setakat pagi tadi mencecah 724 orang di negara tembok besar itu.
Dua belas orang di Amerika Syarikat telah disahkan dijangkiti virus tersebut tetapi mereka sudah dibenarkan pulang ke rumah tersemasuklah pasangan Chicago yang kini berehat di rumah mereka.
Sumber: NBCnews