Penyebaran wabak koronavirus berada di tahap yang membimbangkan. Wabak itu telah menimbulkan rasa panik terhadap orang ramai dan negara-negara lain.
Sehingga kini, mangsa kematian yang melibatkan kes ini telah mencecah sebanyak 25 orang dan ratusan kes telah dilaporkan.
Kini, Jingzhou sebuah bandar yang menempatkan hampir 6 juta orang, akan ditutup bermula dari jam 5 petang waktu tempatan.
Antara bandar yang turut ditutup adalah Wuhan, Huanggang, Xianning dan Chibi. Jumlah populasi masyarakat di kelima-lima bandar ini adalah sebanyak 35 juta penduduk.
Sumber : AFP