Korea Utara telah melancarkan beberapa peluru berpandu dipercayai merupakan peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Jepun hari ini.
Melalui kenyataan daripada Ketua Kakitangan Gabungan Korea Selatan, ianya merupakan satu ujian senjata yang dilakukan oleh negara tersebut.
Buat masa ini, Ketua Kakitangan Gabungan melaporkan bahawa tentera Korea Selatan sedang mengawasi lebih banyak perkembangan lain, manakala pegawai risikan Korea Selatan dan Amerika Syarikat pula sedang melakukan lebih banyak analisis mengenai pelancaran itu.
Menurut Ketua Kakitangan Gabungan itu lagi, peluru berpandu tersebut terbang sejauh 150km (93 batu), serta beberapa pesawat tentera turut kelihatan.
Pada Ahad lepas, media Korea Utara melaporkan pemimpin mereka, Kim Jong Un telah melawat pangkalan udara dan membuat pemerhatian terhadap latihan oleh jet pejuang serta pesawat negara tersebut.
Menurut Reuters, Korea Utara telah melakukan latihan ketenteraan selama beberapa minggu ini. Ianya termasuklah beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat yang turut dilancarkan. Bulan lepas, Korea Utara juga melepaskan sebanyak sembilan peluru berpandu balistik dalam empat ujian.
Sumber: Reuters