Kerajaan Korea Selatan memaklumkan hampir sejuta penduduknya berjaya divaksin dalam 40 hari sejak negara itu melancarkan kempen vaksinasi pada Februari lalu.
Seramai 999,870 diberikan dos pertama yang merangkumi 1.92 peratus daripada 52 juta penduduk negara itu, kata Badan Kebajikan Pencegah Penyakit Korea (KDCA).
26 Februari, negara tersebut memulakan kempen vaksinasi dengan pegawai kesihatan dan pesakit yang berusia bawah 65 tahun yang memerlukan rawatan jangka masa lama. Begitu juga dengan petugas barisan hadapan yang menjadi penerima suntikan pertama mereka.
Daripada jumlah itu, seramai 870,724 penerima akan menerima suntikan dos kedua yang dihasilkan oleh Britain-Sweden farmasi gergasi AstraZeneca and Universiti Oxford kata KDCA.
Sementara itu, 129,145 penduduk lagi akan menerima dos pertama dua dos dari farmaseutikal Amerika Syarikat dan Jerman (Pfizer Inc). Kumpulan yang akan merima vaksin ini kebanyakkan doktor, jururawat dan pegawai profesional kesihatan lain yang merawat pesakit Covid-19 di wilayah Seoul.
Kempen ini berjaya dengan lancarnya sejak Covid-19 sejak diberikan kepada masyarakat umum yang berusia 75 tahun dan keatas buat pertama kalinya bersama kumpulan lain yang mudah terdedah dengan virus tersebut khamis lalu.
Yonhap News mendedahkan akhir Jun sebanyak 1808 juta dos vaksin dijadualkan akan tiba di Korea Selatan. Kira-kira 2.69 juta dos vaksin telah dihantar pada Mac lalu.
Dalam tempoh bulan April-Jun, sekurang-kurangnya 15.39 juta dos termasuk 9.1 juta dos AstraZeneca disahkan telah dihantar ke Korea Selatan kata KCDA.
Sumber: Yonhap News