Korea Selatan Denda Tesla 2 Juta Dolar Atas Dakwaan Pengiklanan Palsu
Pihak berkuasa Korea Selatan berkata, pihaknya akan mendenda Tesla sebanyak 2.85 bilion won (RM 9.85 bilion) atas kegagalannya untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai julat pemanduan kereta elektrik tersebut pada waktu musim sejuk.
“Syarikat tersebut didapati telah membuat membuat dakwaan paksu serta berlebih-lebihan mengenai jarak pemanduan dan kelajuan pengecasan kenderaan elektriknya secara atas talian,” jelas Korea Fair Trade Commission (KFTC).
Selain itu, pembuat kereta asal Amerika itu juga membuat penipuan mengenai dakwaannya yang mengatakan penggunaan kenderaan ini akan lebih menjimatkan berbanding penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak petrol, tambah pihak tersebut.
Menurut KFTC, julat pemanduan kenderaan elektrik keluaran Tesla akan merudum sebanyak 50.5 peratus dalam cuaca sejuk jika dibandingkan dengan maklumat yang diberikan kepada orang tempatan menerusi laman webnya dalam tetapan bahasa Korea.
Kegagalan untuk memberitahu pengguna mengenai prestasi pengecasan dan penjimatan bahan api bergantung pada beberapa faktor
Bukan itu sahaja, Tesla turut gagal memberitahu pembelinya bahawa “prestasi pengecasan bergantung kepada jenis tempat pengecasan super, suhu luaran serta keadaan pengecasan bateri kenderaan tersebut,” terang pihak tersebut dalam satu kenyataan.
Anggaran penjimatan bahan api juga kelihatan tidak tepat melalui kegagalan untuk menerangkan bahawa kos pengecasan kenderaan tersebut turut juga dipengaruhi pelbagai faktor, seperti tahap kelajuan pengecasan dan diskaun harga yang dikenakan berdasarkan polisi kerajaan, tambahnya lagi.
Justeru, pihak tersebut telah mengenakan tambahan denda sebanyak 1 juta won (RM 3457.50) atas kegagalan untuk menberikan maklumat yang lengkap mengenai polisi pembatalan serta beberapa isu lain.
Pada masa yang sama, pihak Tesla tidak dapat dihubungi segera untuk mendapatkan komen lanjut mengenai perkara ini.
Terdahulu, Tesla mengatakan bahawa syarikat itu telah menghantar kira-kira 1.31 juta kenderaan elektrik ke seluruh dunia pada 2022 dan ini merupakan rekod yang baik buat syarikat automobil yang diketuai oleh Elon Musk, pada Isnin lalu.
Pencapaian ini merupakan peningkatan jualan sebanyak 40 peratus daripada tahun sebelumnya. Namun, pencapaian ini disifatkan masih kurang daripada jangkaan syarikat itu sendiri serta Wall Street.
Selepas mengungguli Wall Street pada 2020 dan 2021, saham syarikat terbut mengalami kemerosotan sebanyak 65 peratus pada 2022.
BACA: Dari Manusia Terkaya, Elon Kini Jadi Manusia Paling Rugi Dalam Sejarah Selepas ‘Hilang’ RM 881 Bilion
Sumber: AFP