Kordel’s Malaysia memperkenalkan FernGlow, suplemen oral harian inovatif yang berfungsi melindungi, menguatkan dan menyerikan kulit dari dalam. Lebih daripada sekadar suplemen kecantikan, FernGlow bertindak sebagai “penjagaan matahari dalam kapsul”, menawarkan perlindungan UV menyeluruh dan membantu kulit kekal sihat serta bersinar secara semula jadi.
Pelancaran ini mencerminkan komitmen berterusan Kordel’s dalam menyediakan solusi kesihatan berasaskan sains yang sesuai dengan gaya hidup moden. Dalam era di mana pengguna semakin mengutamakan produk yang mudah diamalkan, berkesan dan terbukti secara klinikal, FernGlow membuka lembaran baharu dalam dunia penjagaan diri secara menyeluruh menggabungkan kesihatan dan kecantikan dalam satu langkah harian.
“Di Kordel’s, kami percaya bahawa kesihatan sejati bermula dari dalam. FernGlow bukan sekadar suplemen, ia adalah solusi harian yang membantu melindungi dan menyuburkan kulit tanpa kompromi,” kata Jeremy Se, Pengurus Unit Perniagaan Kordel’s Malaysia.
FernGlow boleh didapati secara eksklusif di Watsons, peruncit kesihatan dan kecantikan No. 1 di Malaysia, menjadikannya mudah diakses oleh pengguna yang mencari kaedah penjagaan kulit yang lebih efisien dan menyeluruh.

“Watsons sentiasa komited menawarkan solusi inovatif yang menyeluruh. Kerjasama eksklusif kami bersama Kordel’s untuk pelancaran FernGlow membuktikan usaha berterusan kami dalam memperkenalkan produk kecantikan dan kesihatan dalaman yang berasaskan sains kepada rakyat Malaysia,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan COO Health & Beauty Asia, A.S. Watson Group.
Bagi meraikan pelancaran ini, Kordel’s telah menganjurkan sebuah acara media di Arena Watsons yang menampilkan perbincangan panel bersama pengamal estetik dan wakil jenama. Perbincangan ini memberi pendedahan tentang peranan suplemen oral dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari dan melengkapi penggunaan pelindung matahari luaran.
Tetamu turut berpeluang menjalani analisis kulit serta imbasan kamera UV untuk melihat kesan sebenar pancaran matahari ke atas kulit, sekaligus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perlindungan kulit dari dalam dan luar.

FernGlow kini boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan Watsons seluruh negara dan di laman web www.watsons.com.my. Lindungi kulit anda daripada sinaran matahari dan serlahkan seri dari dalam.