
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Mungkin inilah peribahasa sesuai menggambarkan usaha seorang gadis yang konsisten berusaha menurunkan berat badannya untuk kehidupan yang lebih sihat.
Menerusi video transformasi dikongsikan Mirahsyalala di laman TikTok miliknya, gadis itu jelas tampil lebih kurus selepas hampir setahun mengamalkan rutin senaman dan diet secara berterusan.
Ujar Mirah, dia mengamalkan diet rendah kalori selain melakukan aktiviti berjalan pantas atau brisk walk selama kira-kira 30 minit setiap hari. Hasilnya, gadis itu berjaya menurunkan 49 kilogram berat badan dalam tempoh hampir setahun, iaitu daripada 105kg kepada 56kg.
Tambahnya, dia masih mengamalkan aktiviti tersebut demi mendapatkan berat badan idamannya.
Ketika ditanya mengenai masalah kulit berlebihan, Mirah berkongsi turut mengamalkan senaman sit up serta menyapu losen setiap hari bagi mengelakkan masalah tersebut.
Sumber: @mirahsyalala