Kredit: AFP

Konsert MCR Ditangguh Ke November 2026

Sofea

Konsert MCR Ditangguh Ke November 2026

Konsert kumpulan rock terkenal, My Chemical Romance (MCR) yang sebelum ini diumumkan akan diadakan pada 30 April 2026 ditangguh ke November 2026.

Dalam satu kenyataan di laman Instagram, kumpulan itu berkata konsert tidak dibatalkan tetapi berlaku perubahan tarikh.

“Kami akan menangguhkan tarikh jelajah Asia Tenggara yang akan datang ke November 2026,” katanya.

BACA JUGA: Konsert My Chemical Romance Di Kuala Lumpur Tahun Depan

Ujar kumpulan itu lagi, semua tiket yang telah dibeli akan kekal sah untuk tarikh baharu. Bagaimanapun, sekiranya orang ramai tidak dapat hadir pada tarikh yang telah dijadualkan, bayaran balik akan disediakan.

Konsert di Kuala Lumpur akan diadakan pada 19 dan 20 November 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil

“Kami menantikan kehadiran anda semua pada bulan November nanti. Semua konsert lain bagi tahun 2026 akan diteruskan seperti dirancang.

“Terima kasih atas kefahaman dan sokongan anda yang berterusan,” katanya lagi.

Sumber: mychemicalromance