Mungkin kisah ini agak pelik tapi tidak mustahil berlaku dalam kalangan kita apabila lelaki menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang lain.
Begitulah yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia mendedahkan detik hitam berdepan dengan seorang ‘pakcik’ bernafsu serakah kononnya meminta untuk membaiki telefonnya yang rosak dalam kereta dengan alasan boleh melakukan perbuatan yang tidak senonoh itu.

Then dia kata ada satu urat tunjang ni yang kena betulkan tapi dekat bahagian kelamin. Then dia cakap, adik reset dulu sambil pakcik betulkan urat tu.


Katanya, sejak daripada kejadian itu dia mengalami trauma yang teruk. Tegasnya kepada orang ramai yang menyalahkan aurat dan pemakaian wanita itu adalah salah, katanya perogol tetap perogol, mereka tak tertarik langsung dengan cara pemakaian kita sebab waktu itu dia pakai jubah yang berlitup dan dia adalah lelaki.


Selepas bebenang daripada Twitter lelaki ini mendapat perhatian ramai, ada sesetengah orang yang berkongsi tragedi yang seakan sama dengannya diceritakan untuk dijadikan sebagai teladan dan pengajaran kepada orang ramai.



Sumber: Twitter