Gambar: Roller Coaster

Kongsi Keseronokan, Kongsi Kebaikan Bersama Jack ‘n Jill Roller Coaster

syafiq halim

JACK ‘n JILL Roller Coaster sekali lagi kembali dengan kempen yang menyeronokkan, kali ini mendorong rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada masyarakat. Peraduan ‘Roller Coaster Kongsi Keseronokan, Kongsi Kebaikan 2020′ ini merupakan satu inisiatif bagi memperkasakan para pengguna untuk berkongsi keseronokan, dan kebaikan’ bersama rumah anak-anak yatim.

Setelah bertahun-tahun mendapat tempat dalam hati peminat snek ini, kini peluang terbuka kepada mereka yang melibatkan diri dalam satu usaha murni yang boleh dibanggakan sebagai rakyat Malaysia.

Menurut Emmanuel B. Puno, Naib Pengerusi Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura, matlamat peraduan ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia menonjolkan kreativiti masing-masing dengan menggunakan gegelang ubi kentang berperisa hebat mereka.

JACK ‘n JILL Roller Coaster telah mengenalpasti tiga rumah anak-anak yatim untuk disalurkan sumbangan. Antaranya ialah Rumah Penyayang Darul Ilmi (Gombak), Rumah K.I.D.S (Klang) dan House of Joy (Puchong). Rumah-rumah kebajikan ini merupakan tempat perlindungan yang menyediakan persekitaran yang selamat bagi golongan anak-anak yatim membesar.

KONGSI KESERONOKKAN DENGAN 3 LANGKAH MUDAH:

Langkah 1

Beli produk JACK ‘n JILL Roller Coaster yang bernilai RM 5 dan ke atas dalam satu resit. Simpan resit itu.

Langkah 2

Sediakan satu hidangan kegemaran anda yang dipasangkan dengan JACK ‘n JILL Roller Coaster dan ambil gambar juadah masakan tersebut (paket JACK ‘n JILL Roller Coaster mestilah jelas kelihatan)

Langkah 3

Kongsikan gambar tersebut menerusi laman Facebook atau Instagram anda, dan ‘Tag’-kan kami di Facebook

@URCRollerCoaster

atau Instagram

@RollerCoasterMalaysia

, ‘Tag’-kan juga 3 sahabat and letakkan tanda Hash kami #JACKnJILLRollerCoaster #RollerCoasterShareTheFun

KESERONOKKAN TIDAK BERAKHIR DENGAN KEJUTAN-KEJUTAN YANG MENGUJAKAN:

HADIAH UTAMA X 1

RM1,500 dan tambahan RM1,500 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim

HADIAH KEDUA X 2

RM1,000 untuk setiap pemenang dan tambahan RM1,000 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim

HADIAH KETIGA X 5

RM500 untuk setiap pemenang dan tambahan RM500 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim

HADIAH KHAS X 55

RM200 untuk setiap pemenang dan tambahan RM200 akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim

Tempoh Peraduan : 1 Ogos 2020 – 16 September 2020

Personaliti YouTube – Instagram terkenal, Nur Aisyah atau lebih dikenali sebagai ‘Cupcake Aisyah’ juga akan berkongsi idea-idea kreatifnya untuk kebaikan di Instagram.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook

Roller Coaster

.