Komposer lagu ‘Dragon Ball Z’ Shunsuke Kikuchi dilaporkan meninggal dunia pada 24 April.
Laman web Anime News Network melaporkan bahawa lelaki yang berusia 89 tahun itu meninggal dunia akibat pneumonia.
Menurut Gulf News, keluarga Kikuchi telah mengadakan majlis pengebumiannya secara tertutup.
Karya pertama komposer tersebut adalah untuk filem dari tahun 1961 yang berjudul ‘Hachininme no Teki’. Beliau terkenal dalam menghasilkan muzik untuk anime, siri aksi, serta filem.
Hasil karyanya merangkumi lagu tema untuk anime ‘Doraemon’ dan muzik untuk Dragon Ball, Dragon Ball Z.
Kikuchi pernah mendapat anugerah pencapaian seumur hidup di Anugerah Rekod Jepun ke-57 pada tahun 2015.
Sumber: Gulf News