Semalam, keluarga selebriti terkenal, Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 atas beberapa kesalahan. Selebriti tersebut sendiri dikenakan RM20,000 kerana tidak memastikan penjarakan fizikal ketika majlis akad nikahnya berlangsung.
Selain itu, dia juga dikompaun kerana didakwa melanggar kebenaran rentas negeri dengan membuat sebahagian aktiviti luar daripada skop yang dibenarkan. Suaminya, PU Haris turut dikompaun RM10,000 kerana kesalahan sama.
Manakala 20 ahli keluarganya dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter. Demikianlah seperti yang dilaporkan media hari ini.
Baru-baru ini pula, kita dihangatkan dengan isu seorang peniaga burger di pantai timur yang didakwa dikompaun sebanyak RM50,000 atas kesalahan berniaga melebihi waktu. Timbul persoalan, adakah kedua-dua hukuman ini adil?
Konflik ini bagaimanapun telah pun dijawab oleh peguam jenayah, Mufarwa Farid dalam satu perkongsian hari ini. Beliau menjelaskan secara terperinci kedua-dua isu berkenaan daripada sudut undang-undang. Mari ikuti perkongsian ini.
Gambar: GoogleAkhirnya orang yang paling mencuri perhatian di Malaysia iaitu Puan Neelofa, telah pun dikompaun dengan harga kompaun RM20k.
Suaminya dikompaun RM10k, manakala 20 orang lagi tetamu yang hadir dikompaun RM1500 seorang. Menjadikan keseluruhan kompaun dalam majlis kahwin mereka adalah RM60k.
Ada pula yang persoal, kenapa diorang kena RM1500, tapi abang burger tu pulak kena RM50k?
Abang burger tu tak kena pun RM50k.
Itu jumlah kompaun maksimum. Dia takkan dikompaun sampai RM50k sebab kesalahannya tidak serius.
Kalau abang burger tu pergi Pejabat Kesihatan dan buat rayuan, silap-silap dia kena bayar RM1k sahaja.
Malah, kalau dia tak bayar dan tunggu dipanggil ke Mahkamah, dia boleh kurangkan lagi dendanya sehingga beratus ringgit sahaja
Adil ke tidak jumlah kompaun Neelofa ni?
Bagi aku adil. Kesalahan dia serius, sebab dia anjurkan sebuah majlis yang tidak ada kawalan SOP, yang amat bertentangan dengan SOP yang diarahkan. Majlis itu sahaja mampu membekalkan beratus orang yang dijangkiti virus.
Lagipun, banyak kot RM20k tu. Lagi-lagi sesaje je nak bagi kerajaan. Tapi ye lah, dia kaya gila. Takat RM20k tu celah gigi je. Cuma, penguatkuasa tak boleh dah kompaun dia lebih-lebih sebab kesalahan dia pun memang maksimum RM10k satu kesalahan.
Adil ke tidak jumlah kompaun abang burger tu?
Bagi aku, tidak adil.
Walau siapa pun abang burger tu, hatta kalau abang burger tu sebenarnya tokey burger yang menjana pendapat berjuta ringgit sebulan pun, kompaun RM50k sebab beberapa kali terlepas waktu tutup kedai, adalah amat berat.
Memang lah atas kertas, boleh cakap dia yang kompaun dia boleh dikurangkan sampai ratus-ratus ringgit saja. Itu kalau dapat. Kalau tak dapat?
Jenuh nak membayar beribu-ribu duit kompaun disebabkan terlebih masa cari rezeki. Dah lah meniaga depan rumah je. Kalau kat tempat awam, kita faham lagilah.
Kat sini lah pentingnya budi bicara penguatkuasa. Bab budi bicara ni dah lama dipertikaikan rakyat. Tapi tu lah… Cakap lebih-lebih pun, itu dah memang tugas diorang.
Jadi, selesailah sudah kes Neelofa ni. Dia kena kompaun, suami dia kena kompaun, orang yang datang majlis pun kena kompaun.
Dengarnya, takda pengurangan yang ditawarkan, maknanya, itulah harga yang perlu dibayar oleh mereka.
Sumber: Mufarwa Farid