komet everest menuju bumi
Kredit Comet Chasers/Richard Miles, SpaceReference.org

Komet 3 Kali Lebih Besar Daripada Gunung Everest Meletup, Sedang Menuju Ke Arah Bumi – Saintis

Syed Faisal Sayed Muhammad

Komet 3 Kali Lebih Besar Daripada Gunung Everest Meletup, Sedang Menuju Ke Arah Bumi – Saintis

Saintis melaporkan bahawa komet ‘bertanduk’ tiga kali lebih besar daripada Gunung Everest telah meletup dan sedang meluncur ke arah Bumi, lapor New York Post.

Letupan itu dikatakan berlaku pada 5 Oktober lalu oleh komet yang dinamakan sebagai 12P/Pons-Brooks.

Komet itu adalah merupakan sebuah komet cryovolcanic atau gunung berapi sejuk berukuran 18.6 batu diameter atau bersamaan dengan saiz sebuah bandar kecil.

Sebagai rujukan untuk saiz komet tersebut, ia boleh diambil berdasarkan saiz Gunung Everest dengan ketinggian 29,029 kaki tinggi atau 5.5 batu.

Walau bagaimanapun, komet tersebut tidak akan menghentam bumi namun dapat dilihat apabila ia hampir dengan bumi, lapor Daily Mail.

Kredit Comet Chasers/Richard Miles

Menurut Science Times, kejadian letupan itu adalah yang kedua berlaku dalam tempoh empat bulan yang lalu, dengan yang terakhir berlaku pada Julai lalu.

Persatuan Astronomi British yang memantau 12P dengan teliti berkata bahawa mereka hanya menyedari letupan itu selepas ia kelihatan sangat terang.

Komet itu dikatakan menjadi terang berpuluh kali ganda disebabkan oleh cahaya yang dipantulkan oleh komanya atau awan gas yang mengelilingi pusat komet itu.

Kredit Eliot Herman

Letusan seperti itu berlaku apabila paras gas dan ais yang besar berkumpul dan terbakar seperti tin Coke yang beku.

Ia kemudian menyebabkan bahagian dalam komet yang membeku itu pecah kepada retakan besar yang terbentuk dalam kerak nukleus.

Dalam keadaan ni, letupan artik itu telah menyebabkan komet membentuk “tanduk” seperti Beelzebub antara galaksi.

Selain itu, para saintis juga membandingkan bentuk syaitan itu dengan kapal angkasa Millenium Falcon seperti dalam filem “Star Wars”.

Kredit SpaceReference.org

Punca pembentukan tanduk itu tidak jelas, bagaimanapun pakar percaya bahawa ia mungkin disebabkan oleh bentuk nukleus 12P.

“Dua ‘tanduk’ itu mungkin disebabkan oleh bolong kriovolkanik yang tersumbat. Lalu menyebabkan bahan dikeluarkan dengan corak aliran yang pelik,” kata Richard Miles dari Persatuan Astronomi British.

Walaupun trajektori 12P sedang bergerak menuju bumi, tetapi anda tidak perlu bersiap sedia untuk menerima impak hentaman tersebut.

Komet yang mengorbit mengelilingi matahari setiap 71 tahun itu tidak akan mencapai titik terdekatnya dengan Bumi sehingga tahun 2024.

Malah komet ini akan terlontar kembali ke dalam sistem suria dan tidak akan mendekati bumi sehingga tahun 2095.

Letupan itu merupakan yang kedua terjadi sejak 20 Julai lalu, selepas komet ais bola sajli itu terkeluar dari sistem surianya buat pertama kali dalam 69 tahun.

Komet 12P pertama kali ditemui oleh Jean-Louis Pons pada 12 Julai 1812 dan dilaporkan sebagai salah daripada 20 k0met gunung berapi ais aktif yang diketahui.

Sumber: New York Post, Daily Mail