Nikmat kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai. Berat hati melihat anak kecil teruji dengan penyakit yang membuatkan mereka terlantar sahaja tanpa mampu bermain seperti kanak-kanak lain.
Baru-baru ini, seorang sukarelawan, Adi Aqeed berkongsi kisah adik Adamia yang menderita sakit setelah otaknya tidak berfungsi. Pernah disahkan koma sepenuhnya pada usia satu tahun, Adamia kini terlantar dan terpaksa makan menggunakan tiub khas. Malah, anak ini juga dikatakan hanya mampu mengelipkan mata.
Sebarkan, moga dapat ringankan beban adik Adamia…
Hanya mata berkelip
Alhamdulillah, petang semalam saya berkesempatan singgah di Kg Banggol Judah, Machang, Kelantan ke rumah adik Adamia Fitri Mat Rahim berusia 6 tahun.
Adamia pada awalnya membesar seperti kanak-kanak lain, namun di usia setahun pihak perubatan mengesahkan otaknya tidak berfungsi dan dia didapati koma sepenuhnya, hanya mata sahaja yang berkelip hinggalah ke saat ini.
Ibunya Rusnani Mat Ghani tabah menjaga dan menumpukan perhatian sepenuhnya pada Adamia.
Selain dilehernya dipasang ‘trecheostomy’, satu tiub khas juga terpaksa dipasang dibahagian perut untuk salurkan sejenis susu khas kepadanya.
Kos keperluan khas untuk anak bongsu dari 5 beradik itu mencecah RM800 sebulan termasuk susu khas Pediasure , lampin dan peralatan dressing.
Selain bapanya, Mat Rahim Mat Hassan yang bekerja sebagai buruh binaan, anak lelakinya berusia 20 tahun turut mencari pendapatan bekerja di kedai makan bagi membantu menampung kos keperluan Adamia.
Menurut ibunya, pihak JKM juga tampil membantu melalui elaun bulanan sebanyak RM350 sebulan.
Mereka yang ingin berkongsi rezeki bagi meringankan beban adik Adamia, boleh salurkan ke akaun ibunya, Bank Islam 0304 5022 0505 65 (Rusnani Binti Mat Ghani).
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 01120726406.
Moga diberi keajaiban dan kesembuhan untuk adik Adamia.
Gambar: Adi Aqeed
Gambar: Adi AqeedSumber: Adi Aqeed