Kita selalu didedahkan dengan kolestrol yang tinggi boleh memudaratkan kesihatan kita dan boleh menjadi punca pelbagi penyakit seperti sroke dan jantung. Tapi tahukah anda kolestrol yang terlalu rendah juga tidak baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
Menurut portal Healthline, kolestrol terlalu rendah mungkin boleh menjadi punca seseorang itu mengalami depression, anxiety dan memberi kesan kepada kanser. Namun begitu, hal ini masih dalam kajian.
Meskipun seringkali dikaitkan dengan punca pelbagai penyakit, kolestrol sebenarnya diperlukan untuk pertumbuhan hormon-hormon tertentu. Kolestrol diperlukan dalam penghasilan vitamin D yang membantu tubuh badan untuk menyarap kalsium. Selain itu, penghasilan zat yang membantu mencernakan makanan juga memerlukan kolestrol.
Bahaya kolestrol rendah
Menurut kajian dari Duke University, kolesterol rendah boleh menyebabkan gejala depression dan anxiety. Hal ini terjadi karena kolesterol berperanan dalam pembuatan hormon dan vitamin D, yang menjasi asbab penting bagi pertumbuhan sel. Kadar kolesterol yang rendah juga boleh mempengaruhi kesihatan otak. Jika sel otak tidak sihat, maka kita mudah mengalami anxiety dan depression. Kajian 2012 dari American College of Cardiology Scientific Sessions juga menemukan kesan lain dari kolesterol rendah.
Dalam kajian tersebut, terungkap bahawa kadar kolesterol rendah boleh meningkatkan risiko kanser. Bagi wanita hamil, kolesterol yang rendah juga boleh menjadi punca bayi lahir pramatang atau berat badan yang rendah ketika lahir.
Gejala kolestrol rendah
Kolesterol yang rendah boleh menjdai punca kepada gejala depression dan anxiety. Gejala lain yang boleh terjadi akibat rendahnya kadar kolesterol ialah:
1. Muncul rasa putus asa
2. Gugup
3. Bingung
4. Pergolakan
5. Sukar membuat keputusan
6. Perubahan mood, pola tidur, dan pola makan.
Cara mencegah dan mengatasi
Kolesterol rendah biasanya disebabkan kerana berlaku kekeliruan pada pola permakanan atau keadaan fizikal kita. Untuk mengatasinya, cara terbaik adalah melakukan pemeriksaan fizikal dan mental. Mendapatkan nasihat dengan doktor juga akan membantu kita membuat perubahan dalam diet dan gaya hidup untuk mengatasi masalah kolesterol rendah. Biasanya, kolesterol rendah yang menyebabkan depression juga ditangani dengan penggunaan antidepress.
Selain itu, doktor juga boleh menyarankan statin untuk meningkatkan kadar kolesterol. Untuk menjaga keseimbangan kadar kolesterol, sering-seringlah melakukan pemeriksaan. Pertahankan pola permakanan yang sihat dan gaya hidup aktif untuk menghindari ketidakseimbangan kadar kolesterol dalam tubuh. Kita juga harus berwasda riwayat masalah kolesterol dalam keluarga. Selain itu, perhatikan gejala anxiety dan stress yang kita alami.
Sumber- Healthline, Kompas.com