Koleksi Gambar Galaksi Berkilauan Ditangkap Guna Teleskop Angkasa Eropah Didedahkan
Koleksi gambar galaksi berkilauan dan menakjubkan yang diambil menggunakan teleskop angkasa Agensi Angkasa Eropah, Euclid telah didedahkan oleh para saintis pada hari ini, lapor CNA.
Difahamkan, Agensi Angkasa Eropah pada empat bulan yang lepas telah mendedahkan foto-foto tersebut selepas teleskop itu dilancarkan dari Cape Canaveral.
Menurut agensi itu, meskipun galaksi tersebut telah diperhatikan sebelum ini menggunakan Teleskop Angkasa Hubble dan lain-lain namun tidak dinafikan gambar dari teleskop Euclid lebih memberikan imej astronomi yang tajam merentasi lautan langit yang luas.
Teleskop Euclid juga membantu memperlihatkan alam semesta yang berada jauh dari Bumi.
Dalam satu gambar, Euclid berhasil menangkap seribu galaksi dalam gugusan 240 juta tahun cahaya jauhnya dengan latar belakangnya mempunyai lebih daripada 100,00 galaksi berbilion tahun cahaya jauhnya.
Kredit: AFPTidak hanya itu, teleskop tersebut juga merakamkan gambar lingkaran galaksi Bima Sakti yang agak dekat.
Saintis berkata teleskop Hubble sebelum ini telah memerhatikan jantung galaksi tersebut, bagaimanapun tangkapan Euclid berjaya mendedahkan pembentukan bintang di seluruh rantau.
Dalam pada itu, Euclid juga mengambil gambar baru Nebula Kepala Kuda dalam buruj Orion, yang merupakan tapak semaian dramatik bayi bintang yang terdahulu Hubble membuatkan ia terkenal.
Kredit: Agensi Angkasa EropahAgensi itu turut menyatakan sehingga kini kebanyakan galaksi tersebut terlalu samar untuk dilihat.
Dengan mengukur bentuk dan pergerakan galaksi sejauh 10 bilion tahun cahaya, ahli astronomi berharap untuk mengetahui lebih lanjut tentang tenaga gelap dan jirim yang membentuk 95 peratus alam semesta.
Balai cerap akan meninjau berbilion galaksi dalam tempoh enam tahun akan datang, mencipta peta 3D paling komprehensif bagi kosmos yang pernah dibuat.
Sementara itu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) yang juga rakan kongsi dilaporkan akan membekalkan pengesan inframerah teleskop tersebut.
Teleskop Euclid dinamakan sempena ahli matematik, Yunani Purba dan telah dilancarkan pada bulan Julai selain mengorbit matahari kira-kira 1.6 juta kilometer dari Bumi.
Sumber: CNA