
Pejam celik, pejam celik, beberapa bulan lagi kita dah nak menjengah ke tahun baru. Macam-macam jugalah peranti daripada tercantik, termurah sampailah tercanggih dah dikeluarkan sepanjang tahun.
Tapi kali ini, tiba masanya kami nak mendedahkan kolaborasi peranti teragung yang pastinya ‘pecah’ dipasaran bulan ini. Nak tahu apa dia?
HONOR Malaysia telah mengumumkan kedatangan warna baru HONOR 70, Icelandic Frost sempena hasil kerjasama Touch ‘n Go dengan melancarkan Set Hadiah Edisi Terhad Honor 70 X Touch ‘n Go.
Ini merupakan kolaborasi terhebat dan kejayaan bersejerah, menjadikan HONOR Malaysia sebagai jenama luar negara pertama yang bekerjasama dengan jenama tempatan. Menariknya edisi ini, pembeli akan dapat HONOR 70 Icelandic Frost beserta kad Touch ‘n Go NFC edisi terhad, dengan warna sama dengan Icelandic Frost bersama nombor 70 dan logo HONOR padanya. Waw!

HONOR 70 Icelandic Frost ini datang dengan gradien biru, kuning dan merah jambu yang kalau kita tengok daripada sudut berbeza, warnanya akan berubah-ubah, terutama dibawah cahaya. Keunikan inilah menjadikan peranti ini istimewa dan wajib dimiliki.
Telefon ini dilengkapi juga dengan AG Glass anti-calar dan cap jari, berserta cengkaman pegangan yang baik.



Jarang-jarang jenama telefon buat set edisi terhad. Untuk kotak ini, pembeli akan menerima:
1 x HONOR 70 Icelandic Frost
1 x Kad Touch ‘n Go RFID
1 x Sarung pelindung dengan pemegang kad
1 x Gelang pintar HONOR Band 6
Lanjutan jaminan tahun kedua
Harga berapa min? Harga bagi kesemua lima item ini sama nilainya dengan sebiji HONOR 70, iaitu bernilai RM1999!

Set Hadiah Edisi Terhad HONOR 70 X Touch ‘n Go ini korang boleh dapatkan bermula 28 Oktober 2022 di semua HONOR store, pengedar sah terpilih, laman web rasmi HIHONOR.COM, Shopee & Lazada. *Siapa cepat dia dapat!
HONOR 70 dilengkapi dengan tampilan kamera utama Super Sensing 54MP F1.9 yang menggunakan sensor Sony IMX800, dikatakan pertama yang ada di telefon pintar.
Dengan harga dibawah RM2000, peranti ini juga mempunyai kamera ultra lebar 50MP F2.2 dan kamera potret 2MP F2.4. Kebanyakan telefon pintar dengan linkungan harga yang sama, biasanya menawarkan kamera ultra lebar 8MP, atau 12MP sahaja.
Kamera ini membuatkan ia boleh menangkap lebih banyak cahaya serta menghasilkan gambar lebih terang, terperinci dalam suasana gelap.







Sejak dilancarkan, HONOR 70 telah diiktiraf oleh media dan penggunanya dengan keupayaan pengimejan yang mantap, reka bentuk bergaya dan ringan, hayat bateri yang panjang serta pengecasan pantas. Malah ada yang menggelar dan mengkategorikan HONOR 70 sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik didalam range harganya.
Jangan teragak-agak untuk dapatkan Set Hadiah Edisi Terhad HONR 70 X Touch ‘n Go kerana stok terhad! Dapatkan sebelum kehabisan stok.