Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Kluster Tawar yang dikesan di Kedah adalah yang paling terbaru diisytiharkan tamat secara rasmi hari ini.
Menurut ciapan melalui akaun Twitter rasmi KKM, Kluster Tawar ini terdiri daripada warga tempatan dan ianya telah melaporkan 3 kes kematian.
“Kluster ini mula dikesan di Kedah dan telah melaporkan 92 kes melibatkan kesemua warganegara. Kluster ini juga turut melaporkan 3 kes kematian,” tulis ciapan tersebut.
Susulan daripada itu, dengan penamatan Kluster Tawar ini, jumlah kluster yang telah diisytiharkan tamat di Malaysia meningkat kepada 103.
Sumber: KKM