Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu ciapan menerusi akaun Twitter rasminya mengumumkan bahawa kluster PUI Sivagangga yang tercetus di beberapa kawasan di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah diisytiharkan tamat secara rasminya pada hari ini.
Menurut ciapan tersebut, kluster ini telah diisytiharkan tamat kerana tiada kes baharu yang dilaporkan selepas 28 hari atau dua kali tempoh inkubasi.
Dalam pada itu juga, KKM turut memaklumkan bahawa tiga lagi kluster lain yang dicatatkan di Malaysia turut diisytiharkan tamat hari ini.
Antara tiga kluster lain itu adalah kluster Muda, kluster Meranti dan kluster Kurau.
Kesemua kluster ini diisytiharkan tamat tanpa ada kes kematian yang dicatatkan secara keseluruhannya.
Sumber: KKM