Kluster PUI Sivagangga: 6 Lagi Kes Baharu Dicatat Hari Ini, 3 Daerah di Kedah Terlibat Setakat Ini

Edayu

Susulan daripada laporan harian perkembangan kes Covid-19 di negara ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa pertambahan seramai 6 kes baharu dijangkiti daripada Kluster PUI Sivagangga.

KKM mengesahkan bahawa setakat ini, seramai 2,351 individu telah disaring. Bagaimanapun, 30 daripadanya adalah positif dan 704 masih menunggu keputusan. Baki sebanyak 1,167 adalah negatif.

PUI Sivagangga ketika ini sudah melibatkan 3 daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap dan Kulim.

Sumber: KKM