Sebanyak 28 kes positif termasuk satu kes baharu dan satu kematian direkodkan di Kluster Pasar Borong setakat hari ini.
Pekrara tersebut diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Twitter rasmi sebentar tadi.
Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melaporkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) keenam telah dilaksanakan di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.
PKPD tersebut akan berkuatkuasa mulai hari ini (20 April 2020) sehingga 3 Mei 2020 di mana melibatkan lapan parcel yang telahpun dikenalpasti.
Sumber: Twitter KKM