Menerusi sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan sebentar tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, memaklumkan bahawa klinik haiwan dibenarkan beroperasi namun hanya berdasarkan temujanji sahaja.
“Kerajaan bersetuju untuk membenarkan klinik haiwan beroperasi tetapi perkhidmatan adalah berdasarkan temujanji.
“Orang ramai boleh hubungi klinik berdekatan bagi mendapatkan tarikh temu janji.
“Kita benarkan rawat tetapi klinik tidak akan dibuka. Ia dibuka melalui temujanji semata-mata,” katanya.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara