
Klang Destinasi Pertama Dipilih Untuk Siasatan – Suhaily
KLANG — Klang dipilih sebagai destinasi pertama untuk siasatan selepas indeks jenayah dilaporkan semakin meningkat di daerah berkenaan sejak kebelakangan ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pemilihan itu dibuat susulan kadar indeks jenayah itu dilihat membimbangkan sehingga Klang meraih gelaran Colombia.
“Dan mengapa saya memilih Klang sebagai daerah pertama saya untuk turun padang selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah adalah disebabkan indeks ataupun jenayah yang semakin meningkat.
“The whole country meningkat, bukan Klang sahaja tapi apabila diviralkan dan dikatakan seolah-olah Klang ini sebuah yang daerah yang seperti Colombia.
“That challenge me,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Sesi Towh Hall Kesejahteraan Komuniti Kemakmuran Bersama di Persatuan Hokkien Klang pada Isnin.
Sementara itu, Suhaily turut menjelaskan anggaran penduduk di Klang boleh mencecah 1.2 juta pada satu-satu masa.
“Klang Utara dan Klang Selatan hasilnya daripada satu daerah. Apabila pembahagian tersebut dibuat, lebih kepada dalam konteks untuk mengecilkan operasi office responsibility dan untuk memberi sedikit efficiency dan effectiveness dalam konteks kita bekerja.
“Namun demikian, saya difahamkan apabila digabungkan dua daerah ini, jumlah penduduknya sudah hampir mencecah hampir 900,000 lebih tidak termasuk floating population,” ujarnya.
Menurutnya lagi, kekuatan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara hanyalah terdiri daripada 671 anggota manakala Klang Selatan pula 849 orang.
Namun, faktor kekurangan anggota bukanlah alasan pihaknya bagi mengawal jumlah penduduk di daerah berkenaan dari segala sudut.
Turut hadir dalam sesi berkenaan adalah Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Wanita Ditikam Berkali-Kali Di Klang
Boleh dikatakan setiap bulan terdapat kes jenayah yang berlaku di Klang.
Disember lalu. seorang wanita tempatan maut akibat ditikam beberapa kali pada bahagian depan dan belakang badan oleh seorang lelaki, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Chi Liung, Klang, lapor Bernama.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong, pihaknya menerima laporan pada 2.17 petang berhubung kejadian oleh seorang wanita.
Pengadu memaklumkan mangsa ditikam oleh seorang lelaki tempatan, yang kemudiannya membawa wanita itu menaiki kereta.
“Hasil siasatan mendapati pada 1.20 tengah hari semalam, mangsa berusia 26 tahun itu berjumpa dengan suspek di sebuah restoran sekitar Jalan Bayu Tinggi 6 dan selesai makan mereka berdua pergi ke lokasi parkir kereta di Jalan Bayu Tinggi 5.
“Apabila sampai di kereta Chevrolet berwarna perak, suspek telah menikam mangsa beberapa kali di badan menggunakan pisau dan kemudian memasukkannya ke dalam kereta itu sebelum beredar,” katanya.
Sumber: Polis Selangor