
‘KL MONOPOLY’ Promosi Destinasi Pelancongan Menarik Sekitar Kuala Lumpur
Permainan papan popular dunia, MONOPOLY, kini hadir dengan Kuala Lumpur Edition yang memaparkan mercu tanda dan lokasi ikonik ibu kota.
Pelancaran rasminya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi antara acara terawal yang menghangatkan kempen Melawat Malaysia 2026.
Edisi khas ini dibangunkan oleh Winning Moves dengan lesen daripada Hasbro. Ia memaparkan lokasi terkenal seperti Menara Berkembar Petronas, Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kampung Baru, Chinatown dan Jalan Alor.
Setiap petak direka untuk memperkenalkan budaya serta sejarah Kuala Lumpur dengan cara yang ringkas dan menarik.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy berkata kerjasama ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali Kuala Lumpur secara lebih menyeronokkan.
Beliau percaya edisi ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat tempatan dan pelancong untuk terus meneroka keunikan Malaysia.
Beberapa rakan jenama turut ditampilkan dalam edisi ini. Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park, Sunway City Kuala Lumpur, Kapten Batik, Alice Smith School dan KLCC menjadi sebahagian daripada elemen utama yang menghidupkan identiti bandar raya ini.
Selain itu, Malaysia Airports juga memperkenalkan edisi terhad bersaiz perjalanan khas untuk pengembara.


Bersempena kempen perayaan Christmas sepanjang Disember ini, KLIA juga berkolaborasi dengan MONOPOLY termasuk beberapa lapangan terbang antarabangsa lain dengan pelbagai aktiviti dan persembahan menarik.

Pengembara berpeluang membawa pulang edisi eksklusif MONOPOLY bersaiz perjalanan dengan pembelian minimum RM800 dalam dua resit di terminal.
Bagi mereka yang ingin mendapati permainan edisi Kuala Lumpur ini, kini dijual di kedai mainan dan peruncit utama seluruh negara. Manakala edisi perjalanan pula boleh didapati secara eksklusif melalui Malaysia Airports.