Satu kajian terbaharu mendapati bahawa Kuala Lumpur kini menduduki tempat ketiga dalam carta bandar yang paling ‘overworked’ atau terlebih bekerja di dunia.
Memetik laporan Lifestyle Asia, kajian tersebut telah dikeluarkan oleh syarikat teknologi mudah alih Amerika, Kisi pada minggu lalu.
Ia dikaji berdasarkan beberapa kriteria termasuk intensiti kerja, kualiti penjagaan kesihatan, kos sara hidup dan waktu cuti.
Kuala Lumpur berada di belakang Dubai dan Hong Kong dengan mata kiraan mata 17.10 peratus.
Sementara itu, Singapura pula menduduki tempat keempat dan diikuti oleh Montevideo (Uruguay) di tempat kelima.
Manakala Tokyo dan Bangkok masing-masing berada di tempat keenam dan ketujuh.
Ia diikuti oleh bandar Cape Town yang disenaraikan di tangga kelapan dan bandar Lisbon di tempat kesembilan. Manakala tempat kesepuluh pula adalah bandar Budapest.
Kredit Gambar: Times of India“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, struktur sokongan untuk pekerja di seluruh dunia telah ‘diuji’.
“Tekanan dan gangguan berterusan yang disebabkan oleh pandemik itu telah ‘dikeruhkan’ lagi oleh peperangan di Ukraine, yang menyumbang kepada ketidakstabilan global yang akan dirasai untuk tahun-tahun akan datang,” kata Kisi.
Dalam pada itu, bagi bandar-bandar terbaik yang mempunyai keseimbangan dalam kehidupan dan kerja pula adalah Oslo, Norway (100%), Bern, Switzerland (99.46%) dan Helsinki, Finland (99.24%).
Kredit Gambar: Times of IndiaMenurut kajian, purata para pekerja di Oslo bercuti ialah sebanyak 25 hari setahun dan mendapat 707 hari cuti berbayar.
Malah, bandar itu juga mendapat skor yang tinggi bagi kerja dari rumah, kualiti dan ketersediaan penjagaan kesihatan dan kualiti udara.
Sementara itu, Singapura menduduki tempat pertama bagi bandar terbaik yang bekerja dari rumah. Ia diikuti oleh Washington dan Austin dengan peratusan sekitar 50%.
Kredit Gambar: Times of IndiaBACA: Malaysia Duduki Tangga Ke-8 Dunia Dalam Senarai Negara Paling Berbahaya Untuk Memandu
Sumber: Lifestyle Asia, Times of India, Business Insider