KL City FC berjaya cipta sejarah apabila berjaya menewaskan pasukan gergasi bola sepak tempatan iaitu JDT untuk merangkul gelaran juara Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Perlawanan tersebut bermula dengan kedua-dua pasukan dilihat berusaha untuk cuba menembusi gawang masing-masing.
Walaupun demikian, kedua-duanya terpaksa akur terikat dengan tiada sebarang jaringan yang berjaya dihasilkan pada separuh masa pertama.
Namun selepas separuh masa kedua, pasukan KL City FC dilihat mula beraksi garang dengan menekan pertahanan pasukan JDT sehingga akhirnya berjaya menjaringkan dua gol menerusi Zhafri Yahya (66) dan Paulo Josue (74).
Jaringan dua gol tersebut telah membuatkan pasukan JDT terpaksa berputih mata untuk merangkul gelaran juara.
Kemenangan itu sekali gus telah menamatkan penantian pasukan KL City FC selama 32 tahun untuk menjulang piala keramat berkenaan.
Sumber: @KLCityFootball