
KL City FC Lakar Sejarah Mara Ke Final Inter-zone Piala AFC 2022, Jinakkan Kelab India 3-1
Kelab bola sepak Kuala Lumpur City sekali lagi melakar sejarah apabila layak mara ke Final Inter Zone Piala AFC selepas menjinakkan kelab dari India ATK Mohun Bagan sebentar tadi.
Kemenangan itu telah melayakkan Kuala Lumpur City ke Final Inter Zone Piala AFC. Perlawanan yang berlangsung di Vivekananda Yuba Bharati Krirangan Stadium, Kolkata, Bengal Barat menyaksikan empat gol terhasil. Tiga daripada Kuala Lumpur FC dan satu gol daripada ATK Mohun Bagan.
Gol pertama Kuala Lumpur FC disumbangkan oleh Paula Josue pada minit ke 60. Namun pada minit ke 90 dalam tempoh masa tambahan pasukan ATK Mohun Bagan berjaya mendekatkan jurang dengan jaringan dari Fardin Ali.
Bagaimanapun, selang seminit dalam tempoh masa tambahan gol kedua KL City oleh Fakrul Aiman menceriakan kembali pasukan KL City. Sebelum wisel penamat dibunyikan gol ketiga KL City berjaya dijaringkan oleh Romel Morales.
Tamat perlawanan, KL City berjaya menewaskan ATK Mohun Bagan 3-1 untuk muncul juara dan mara ke Final Inter-Zone Piala AFC. Perlawanan seterusnya skuad bimbingan Bojan Hodak itu akan bertemu dengan pasukan dari Uzbekistan iaitu Sogdiana Jizzakh pada Final Interzone pada 5 Oktober akan datang.
Terdahulu, Kuala Lumpur City berjaya menewaskan skuad dari Indonesia, PSM Makasar dengan jaringan 5-2 di Stadium Cheras dalam perlawan pada 24 Ogos lalu.
Tahniah dan syabas skuad KL City
Sumber: Harimau Malaya Kuala Lumpur City