Gambar: Bernama

KKM Umum 4 Subkluster Covid-19 Di Madrasah Dan Tahfiz Di Empat Negeri

Sha Rossa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan empat sub kluster Covid-19 melibatkan madrasah dan tahfiz di empat negeri.

Di Jerantut, Pahang, seramai 410 pelajar madrasah disaring di mana melibatkan 297 pelajar dan 104 kakitangan. Daripada jumlah tersebut, 62 telah disahkan positif jangkitan. Manakala 20 kes dilaporkan telah sembuh.

Di Penanti, Pulau Pinang, seramai 256 pelajar madrasah disaring di mana melibatkan 256 pelajar dan 35 kakitangan. Daripada jumlah tersebut, enam telah disahkan positif dan mendapatkan rawatan di HSB. Manakala empat kes dilaporkan telah sembuh.

Di Sg Lui, Selangor, seramai 282 pelajar madrasah disaring di mana melibatkan 274 pelajar dan lapan kakitangan. Daripada jumlah tersebut, 90 kes telah disahkan positif dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kusta Negara. Manakala 67 kes dilaporkan telah sembuh.

Di Jasin Melaka, seramai 137 pelajar madrasah disaring di mana melibatkan 122 pelajar dan 15 kakitangan. Daripada jumlah tersebut, 37 kes telah disahkan positif dan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka. Manakala 1 kes dilaporkan telah sembuh.

Sumber: KKM Putrajaya