Gambar Hiasan via Google

KKM Senaraikan Kes Baru Covid-19 Mengikut Negeri, 5 Kawasan Utama Catat Sifar Kes Baru

Aqmal Ezany

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa sebanyak 5 kawasan utama di Malaysia mencatatkan sifar kes baharu setakat hari ini.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, antara kawasan kes sifar Covid-19 seperti yang dilaporkan adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan WP Labuan.

Dalam pada itu, jumlah pertambahan kes di kawasan lain yang dilaporkan setakat hari ini adalah sebanyak 110 kes.

Ianya sekaligus menjadikan jumlah bilangan kes kumulatif meningkat kepada 5,182 kes.

Sumber: KKM