Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan, masyarakat dicadangkan mengamalkan corak pemakanan yang sihat, terutamanya dalam pengambilan buah-buahan. Ini kerana, kita lebih banyak meluangkan masa di rumah dan mula sukar menjaga jadual makan dengan baik.
Umum tahun, buah-buahan memang elok untuk dimakan kerana mampu untuk seimbangkan pemakanan harian kita. Tetapi, berapa banyakkah pengambilan buah-buahan ini patut diambil dalam masa sehari?
Menurut Bahagian Pemakanan KKM, buah-buahan disarankan untuk diambil sebanyak 2 hidangan pada setiap hari. Jika kita lihat panduan yang disediakan oleh KKM di bawah ini, pelbagai jenis buah yang boleh diplih.
Antaranya ialah epal, anggur, betik, oren dan pisang. Namun, haruslah diambil sebanyak 2 hidangan sahaja. Sebagai contoh, sebiji epal kita boleh gandingkan dengan lapan biji buah anggur untuk dijadikan sebagai sajian buah pada hari ini. Amalkannya pada setiap hari agar kita sentiasa sihat walaupun berada di rumah.
Gambar: @BhgPemakananKKMSumber: @BhgnPemakananKKM