Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi telah mengesahkan bahawa terdapat kes jangkitan “Sporadic” Covid-19 pertama yang terjadi dalam negara.
Kenyataan yang dimuat naik melalui akaun rasmi Facebook KKM, menyatakan bahawa kes tersebut buat pertama kalinya dikesan secara terpencil dan rawak dalam masyarakat di Malaysia.
“Sporadic” bermaksud pesakit positif COVID-19 tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang mengalami wabak dan tiada kontak dengan pesakit COVID-19.
Berikut adalah kenyataan yang dimuat naik oleh KKM:

Maklumat lanjut mengenai jangkitan ini bakal menyusul.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) secara rasminya telah mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai pandemik susulan bilangan kes serta kematian semakin meningkat di seluruh dnia.
Sumber: KKM