KKM Sahkan Hanya 8 Zon Merah, Zon Hijau Terus Bertambah Kepada 91 Zon

Edayu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi status di laman Facebook rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan jumlah pecahan kes mengikut negeri setakat jam 12 pm, 1 Mei 2020.

Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, terdapat 8 daerah yang masih kekal sebagai zon merah berdasarkan bilangan kes aktif. Bagaimanapun, Lembah Pantai dengan kes tertinggi melibatkan kes baru di kawasan-kawasan yang dikenakan PKPD.

Justeru, KKM telah mengesahkan bahawa sebanyak 91 zon hijau dengan bilangan sifar kes aktif sehingga hari ini.

Sehubungan dengan itu, KKM ingin mengingatkan kepada orang ramai agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini di Malaysia.

Sumber: KKM