KKM Sahkan 29 Daerah Masih Zon Hijau, Sifar Kes Positif Covid-19

Azmil

Sehingga 11 April jam 12 tengah hari, tiada pertambahan zon merah yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kawasan yang ditanda zon merah kekal di 26 daerah setakat ini.

Sebanyak 29 daerah juga masih kekal berada di zon hijau. Penduduk yang berada di daerah zon hijau ini adalah amat penting untuk memastikan daerah anda terus kekal bebas Covid-19.

Semalam, KKM mengesahkan 3 lagi kes kematian akibat Covid-19 dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 73 kes semuanya. Manakala, sudah 1995 kes telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Sumber: KKM