
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,139 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini.
Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,861,069 kes.
Semalam, negara mencatatkan kes harian lebih tinggi berbanding hari ini iaitu sebanyak 5,522 kes sekaligus menjadi kes harian tertinggi dalam bulan Januari tahun ini.
Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini di laman web COVIDNOW.

Sumber: Dr Noor Hisham