Seperti yang diketahui, kebanyakan negara di seluruh dunia pada ketika ini sudah mula menggunakan vaksin COVID-19.
Malaysia pula dijangka akan menerima vaksin COVID-19 pada awal tahun depan.
Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter hari ini mempelawa orang ramai untuk menyertai tinjauan penerimaan atau penolakan vaksin COVID-19.
Tinjauan itu dilakukan untuk mengenalpasti pandangan rakyat berkaitan penerimaan dan penolakan vaksin tersebut.
Untuk menyertai tinjauan tersebut, anda boleh layari pautannya DISINI.
Sumber: DG Hisham