Seperti yang diketahui, media sosial sememangnya menjadi medium penyampaian maklumat yang sangat proaktif terutama pada ketika negara dilanda wabak Covid-19 ini.
Pun begitu, ada sesetengah pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita palsu.
Menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka menafikan mengenai berita yang mendakwa bahawa wujudnya kes baharu 2019-nCOV yang dilaporkan berlaku di KLCC.
Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak berkongsi atau menularkan berita palsu. Ketahuilah perkembangan semasa melalui laman-laman rasmi kerajaan serta saluran-saluran berita.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia