Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan pendaftaran bersyarat bagi produk Ronapreve untuk kegunaan rawatan dan pencegahan wabak Covid-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kelulusan pendaftaran bersyarat memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan juga keberkesanan produk tersebut mestilah dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini. Hal ini untuk memastikan perbandingan manfaat dan risiko bagi produk Ronapreve kekal positif.
Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak KKM di laman Twitter, pendaftaran bagi produk itu diluluskan oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-367 yang bersidang semalam.

Twitter: BernamaRonapreve dikilangkan oleh F.Hoffman-La Roche Ltd, Switzerland. Menurut kenyataan itu, produk ini tidak bertujuan untuk dijadikan sebagai pengganti bagi vaksinasi Covid-19 dan tindakan kesihatan awam terutamanya pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Kajian Klinikal Fasa Tiga ini akan dijalankan di dua buah pusat penyelidikan di Malaysia dengan sasaran bilangan subjek sebanyak 20 orang yang berumur 18 tahun dan ke atas. Kajian ini akan mengambil masa selama sembilan bulan dan merupakan sebahagian daripada kajian yang dilakukan di peringkat global yang melibatkan pelbagai negara.
Sumber: Bernama, Malaysia Gazette