Gambar: Bernama

KKM Kongsikan 4 Golongan Yang Tidak Boleh Pakai Pelitup Muka Termasuklah Kanak-Kanak Berumur Kurang 2 Tahun

Aqmal Ezany

Menteri Kesihatan Malaysia, Y.B. Dato’ Sri Dr Adham Bin Baba menerusi Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai Pemakaian Pelitup Muka (Facemask) memaklumkan bahawa pelitup muka tidak boleh dipakai oleh empat golongan.

Menurut perkongsian di laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, golongan yang tidak boleh memakai pelitup muka adalah kanak-kanak yang berumur kurang daripada 2 tahun, mereka yang mengalami masalah kesukaran untuk bernafas, individu yang tidak sedarkan diri, serta mereka yang kurang berupaya atau atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan.

Selain daripada itu, KKM turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa pelitup muka tidak boleh dikongsi. Dan sesudah ianya dipakai, ia perlu dilupuskan dengan cara yang betul.

Sumber: KKM