Umum telah mengetahui bahawa banyak negara-negara yang sedang sibuk mendapatkan vaksin bagi mengawal pandemik COVID-19.
Turut tidak terkecuali adalah negara Malaysia. Pembelian vaksin COVID-19 ini amat penting demi kesihatan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia.
Justeru daripada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi akaun Twitter rasminya ada berkongsikan tentang 3 ‘vaksin’ yang paling berkesan pada ketika ini.
Menurutnya ‘vaksin’ yang disarankan itu adalah elak tempat sesak, elak tempat sempit, dan elak sembang jarak dekat.
Tiga vaksin ini mungkin boleh mengelakkan diri daripada dijangkiti dengan virus maut tersebut.
Justeru daripada itu, sentiasalah mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan timbulnya kes positif yang baharu dan secara tidak langsungnya membahayakan orang sekeliling kita.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia