Mulai esok, rakyat Malaysia yang beragama Islam akan mula menjalani ibadah puasa.
Selaras dengan itu, buah kurma menjadi buah yang paling dicari ketika bulan Ramadan.
Ianya menjadi hidangan wajib setiap kali pada waktu sahur ataupun berbuka puasa.
Namun, tahukah kita berapa banyak pengambilan buah kurma ini yang diperlukan dalam satu hidangan?
Berdasarkan tweet daripada @BhgnPemakananKKM, bagi memenuhi satu hidangan buah kurma, sebanyak 3 biji kurma yang diperlukan ketika bersahur dan berbuka puasa.
Apa khasiat buah kurma? Menurut tweet itu lagi, ada empat khasiat yang terkandung dalam buah kurma iaitu:
Fruktosa
Antioksidan (Carotene)
Mineral: Potassium, fosforus, kalsium, sodium dan zat besi
Vitamin A, B1, B2 dan B3
Sumber: Bahagian Pemakanan KKM