
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini berkongsi tentang cara-cara bagaimana untuk mengisytiharkan diri sebagai kontak rapat dalam aplikasi MySejahtera.
Berikut di bawah adalah panduan turutannya:-
Klik ‘Status COVID-19’ di laman utama aplikasi MySejahtera.
Tekan ‘Mula’ untuk mula menjawab soalan.
Jawab ‘Ya’ jika anda merupakan kontak rapat dengan seseorang yang positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Isikan maklumat kes positif COVID-19 tersebut.
Perlu diingatkan, semua kontak rapat perlu menjalani pengasingan atau kuarantin di rumah atau di pusat kuarantin.
Bagi yang bergejala, anda perlulah menjalani ujian kendiri COVID-19 atau pergi ke klinik kesihatan atau klinik swasta untuk penilaian.
Seterusnya, jika hasil ujian tersebut adalah positif, anda perlu pergi ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) berhampiran untuk penilaian selanjutnya.

Sumber: KKM