Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa pihaknya khuatir ketidakpatuhan kepada PKP boleh merencatkan usaha keras semua pihak bendung Covid-19.
Kenyataan tersebut telah dinyatakan dalam sidang media laporan harian Covid-19 yang diadakan sebentar tadi.
Beliau juga turut menasihati orang ramai yang perlu ke pejabat dan terlibat dalam beberapa bidang perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi mengamalkan penjarakan sosial.
“Jika anda terlibat dalam bidang perkhidmatan perlu dan anda perlu ke pejabat, sila utamakan penjarakan sosial termasuk ketika berkomunikasi dengan rakan sepejabat.
“Pastikan ruang makan di pejabat sentiasa dibersihkan dan elak makan beramai-ramai di ruangan sempit dan tertutup,” ujarnya.
Sumber: Bernama