Kredit: New York Paid Family Leave

KKM Dedah Tahap Kesuburan Rakyat Malaysia Semakin Menurun, Kematian Meningkat

Amira

Putrajaya – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini mengesahkan bahawa kadar kesuburan rakyat Malaysia turun dari tahun 2017 sehingga 2018, seiring dengan negara-negara maju yang lain.

Melalui infografik yang dikongsi KKM, punca penurunan kadar kesuburan adalah disebabkan jumlah kelahiran hidup yang menurun sebanyak 1.3 peratus daripada 508,685 orang kepada 501,945.

Kadar kelahiran kasar juga mencatatkan kemerosotan daripada 15.9 pada 2017 kepada 15.5 bagi setiap 1000 penduduk pada 2018.

Trend tersebut selari dengan negara maju seperti Australia (1.8% anak), United Kingdom (1.8% anak), Kanada (1.5% anak), Singapura (1.2% anak) dan Korea Selatan (1.1% anak).

Kadar kelahiran kasar mengikut kawasan didahului Kuala Terengganu, Terengganu dengan kadar kelahiran kasar tertinggi iaitu 30.5 bagi setiap 1000 orang penduduk manakala Bagan Datuk, Perak mempunyai kadar kelahiran kasar terendah iaitu 2.9 orang setiap 1000 orang penduduk.

Sementara itu, jumlah kematian pula meningkat dari 168,168 kepada 172,031 secara perlahan setiap tahun sejak 2011 sehingga kini.

Kadar kematian kasar tertinggi didahului daerah Sabak Bernam, Selangor dengan 8.4 kematian dalam 1000 penduduk manakala Kinabatangan, Sabah memiliki kadar kematian kasar terendah pada 0.7 dari 1000 penduduk.

Sumber: KKM