Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengingatkan kepada orang ramai bahawa semua vaksin yang diluluskan untuk penggunaan di Malaysia adalah selamat dan berkesan.
Menerusi perkongsian di Twitter dan Facebook, KKM mengatakan bahawa vaksin yang paling bagus adalah vaksin paling awal yang ditawarkan kepada setiap individu.
Pengambilan vaksin sangat diperlukan bagi melindungi komuniti daripada penyakit COVID-19 yang teruk dan ia merupakan prioriti pada ketika ini.
Dalam pada itu, KKM juga menjelaskan keberkesanan vaksin Sinovac dan Pfizer menerusi empat perkara iaitu:
1. Mengurangkan jangkitan
Sinovac: 65.9%
Pfizer: 64%
2. Mengurangkan kemasukan ke hospital
Sinovac: 87.5%
Pfizer: 93%
3. Mengurangkan kemasukan ke ICU
Sinovac: 90.3%
Pfizer: 93%
4. Mencegah kematian
Sinovac: 86.3%
Pfizer: N/A*
Sumber: KKMPutrajaya