KKM Dedah Dua Strategi Mengesan Penularan COVID-19 Dalam Komuniti Setempat

Sofea

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Twitter rasmi memaklumkan bahawa mempunyai dua strategi bagi mengesan penularan Covid-19 dalam komuniti setempat.

Strategi pertama adalah dengan melakukan aktiviti survelan yang bertindak sebagai sistem pengesanan dan amaran awal melalui pensampelan pesakit yang bergejala Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di hospital dan klinik kesihatan yang telah dijalankan sejak 2 Februari 2020.

Sampel diambil daripada semua pesakit dengan jangkitan paru-paru (pneumonia). Hasilnya, setakat ini, sebanyak 56 kes positif daripada 2, 669 sampel atau 2.1% telah direkodkan.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Selain itu, persampelan Influenza Like Illness (ILI) juga telah dijalankan sejak 23 Februari 2020 di lapan klinik kesihatan terpilih (sentinel site) untuk mengenalpasti jika berlaku jangkitan dalam komuniti. Ia telah dapat mengesan lapan kes positif Covid-19 daripada 1, 280 sampel atau 0.6 peratus.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Manakala, pendekatan kedua pula adalah pendekatan tertumpu ( targeted approach) untuk membendung penularan iaitu antaranya pengesanan dalam kumpulan berisiko tinggi seperti sekolah tahfiz dan pekerja warga asing serta kawasan yang dikenakan PKPD melalui bancian penduduk dan active case detection (ACD) yang dijalankan dari rumah ke rumah.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Sumber: KKMPutrajaya