Akhir-akhir ini muncul pelbagai iklan produk kesihatan yang didakwa mampu menyembuhkan pesakit positif COVID-19.
Bagaimanapun Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa perbuatan tersebut adalah amat dilarang dan menyalahi undang-undang.
KKM menerusi satu ciapan di Twitter menjelaskan, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang kenyataan bagi usaha pencegahan dan rawatan COVID-19 melainkan sumber daripada KKM.
“Mana-mana orang dilarang mengiklankan apa-apa artikel bagi tujuan pencegahan atau rawatan COVID-19 di semua media.
“Menyiarkan iklan tanpa kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat adalah satu pelanggaran di bawah Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan & Penjualan 1956); sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali,” maklum kenyataan tersebut.
Sumber: KKM