
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan lebih 8,000 peserta kumpulan tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling. Sejumlah 3,439 bilangan sampel sudah diambil.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan 95 kes Covid-19 yang baharu di kalangan kluster ini jumlah kes kini meningkat kepada 338 kes.
Semalam, pertambahan 125 lagi kes positif dan menjadikan jumlah kes setakat ini sebanyak 553 secara keseluruhan dan 42 pesakit sudah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang.


Sumber: KKM